Monday 23 March 2009

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah (2)

VISI
  • Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
MISI
  • Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat
MATLAMAT
  • Memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan sistem sokongan dalaman kearah membudayakan teknopen bagi meninggikan mutu pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

OBJEKTIF
  1. Kecemerlangan pendidikan - meningkatkan mutu pengjaran dan potensi individu serta sahsiah diri.
  2. Penggunaan kemudahan - mengalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
  3. Pemupukan tabiat belajar - memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
  4. Penghasilan bahan - membantu murid dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
  5. Perkhidmatan pembelajaran - mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan murid-murid.
  6. Kemahiran maklumat - melatih murid menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
PERATURAN PERPUSTAKAAN
  1. Dilarang membuat bising dan bermain-main di dalam perpustakaan.
  2. Dilarang membawa masuk makanan, minuman, beg dan buku luar ke dalam perpustakaan.
  3. Tanggal kasut dan stokin sebelum masuk ke perpustakaan.
  4. Jaga kebersihan dan keselamatan barang-barang di dalam perpustakaan.
  5. Tempoh peminjaman buku hanya selama satu minggu sahaja.
  6. Satu kad hanya dibenarkan meminjam sebuah buku sahaja.
  7. Peminjam yang lewat menghantar buku akan didenda sebanyak 10 sen sehari.
  8. Jika buku yang dipinjam hilang, peminjam bertanggungjawab untuk mengantikannya.
KEMUDAHAN FIZIKAL
  1. Bilik Perpustakaan
  2. Sudut Tayangan
  3. Bilik Media dan Alat Bantu Mengajar
  4. Sudut Bercerita
  5. Sudut Pameran
  6. Sudut Informasi
  7. Sudut Permainan Dalaman
RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
  • Orientasi
  • Perlantikan pengawas PSS
  • Pendedahan penggunaan bajan PSS
  • Kursus Dalaman
  • Pelancaran Program NILAM
  • Pertandingan membaca
  • Pertandingan membuat buku skrap
  • Sambutan Bulan Patriotisme
  • Pemberian anugerah NILAM
  • Minggu PSS
SUSUNAN BAHAN

Bahan-bahan pusat sumber sekolah disusun mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC). Berikut adalah 10 kelas utama DDC:
  • 000 - Karya Am
  • 100 - Falsafah
  • 200 - Agama
  • 300 - Sains Kemasyarakatan
  • 400 - Bahasa
  • 500 - Sains Tulen
  • 600 - Teknologi
  • 700 - Kesenian
  • 800 - Kesusasteraan
  • 900 - Geografi & Sejarah
WAKTU OPERASI
Sesi Petang
ISNIN hingga JUMAAT
1.10 tengahari - 6.30 petang

Sesi Pagi
ISNIN hingga JUMAAT
7.45 pagi - 1.00 tengahari

No comments:

Post a Comment

Popular Posts