Saturday, 29 May 2010

Selamat Hari Guru

Salam hari guru jelma kembali. Buat kesekian kalinya jasa para guru yang dipanggil cikgu, ustaz, ustazah, sir, teacher diberi penghargaan. Tiada apa yang memberi makna kepada mereka melainkan melihat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik yang dari tidak mengenal apa-apa menjadi seorang yang pandai dalam pelbagai cabang ilmu.

Guru tidak saja membentuk kecemerlangan akademik dan kokurikulum semata-mata, bahkan pembentukan sahsiah luhur dan penerapan nilai akhlak dan adab juga menjadi tanggungjawab dalam melahirkan seorang manusia yang cemerlang di dunia, gemilang di akhirat. Jadi tidak dapat dinafikan betapa beratnya tugas mereka sedangkan kedengaran suara-suara sumbang yang memperlekehkan mereka, tidak langsung mereka gentar mahupun goyah dalam merealisasikan harapan agama, bangsa juga negara.

Kadang-kala lahir juga rungutan yang kedengaran dari suara hati mereka yang meminta agar mereka dikasihani, bukan meminta ehsan. Cukuplah sekadar profesyen mereka tidak di cabar dengan pelbagai aral dan beban yang menganggu tugas utama mereka di kelas. Mereka bukan robot yang boleh bekerja terus menerus. Andai pekerja awam di sektor lain bekerja dengan hawa dingin dan duduk relax mengadap komputer dan jentera mesin lainnya, guru yang kepenatan keluar masuk dan turun naik dari kelas ke kelas pula mengadap manusia. Tentu saja komputer tidak meragam berbanding manusia yang jelas punya ragam yang pelbagai rupa. Letih mereka tidak sama dengan orang yang letih di pejabat.

Beban tugas mereka bertambah dengan adanya beban psikologi bila mana mengajar di kelas. Bila keluar kelas tidak sekadar itu tugasnya memikirkan murid berhenti. Macam-macam persediaan mengajar perlu mereka fikirkan. Namun selalu sahaja keadaan itu terbantut lantaran adanya tugas lain yang tidak berkait secara langsung sengan proses p&p mereka. Jika selama ini mereka berdiam diri, namun tidak lagi sekarang. Tuntutan kecemerlangan murid lebih utama untuk direalisasikan. Kalau sudah penat dengan tugas tambahan lain apa yang terjadi dengan anak-anak didiknya?

Jangan lagi dinafikan apa yang telah jelas diperkatakan. Bagi yang tidak memahami alangkah baiknya kalau mengambil sikap memerhati daripada terus menyakiti hati seluruh warga pendidik. Hanya orang yang merasa sahaja merasa peritnya. Jadi bersempena dengan hari guru ini sama-samalah kita menghargai pengorbanan mereka. Ingatlah, tanpa seorang guru, kita tidak berada dalam kecemerlangan kita seperti hari ini.

Dipetik dari Blog Ustaz Emi.

2 comments:

  1. Di postkan oleh Ustaz Haizul.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Saya terjumpa blog cikgu masa google carian sekolah hang tuah. Saya bekas penuntut sekolah jalan shaw (1) pada tahun 1974 dulu. Masih teringat guru2 lama saya seperti Mrs. Tan Tiong Kai..Macam mana caranye untuk saya dapatkan maklumat dan contact no guru2 semasa tahun 70an dulu?

    ReplyDelete

Popular Posts