Friday 16 October 2015

PROGRAM KESIHATAN - GOTONG ROYONG PERDANA AEDES DI KEM SINGAI BESI - SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT

PROGRAM KESIHATAN - GOTONG ROYONG PERDANA AEDES DI KEM SINGAI BESI - SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT  
https://youtu.be/C299s-AsN80 

Info : AEDES dan DENGGI. Klik dan tonton video - SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT

Info : AEDES dan DENGGI. Klik dan tonton video - SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT 

PROGRAM KESIHATAN : PERTANDINGAN POSTER MELUKIS DAN MEWARNA TEMA JAGALAH KEBERSIHAN SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT

PROGRAM KESIHATAN :  PERTANDINGAN POSTER MELUKIS DAN MEWARNA TEMA JAGALAH KEBERSIHAN SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT 

PROGRAM DENGUE PATROL 2015 - GOTONG ROYONG CEGAH DENGGI 16 OKTOBER 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT

PROGRAM DENGUE PATROL 2015 - GOTONG ROYONG CEGAH DENGGI 16 OKTOBER 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT 

PROGRAM DENGUE PATROL 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT : SLIDESHOW PIC GOTONG ROYONG 16/10/2015

PROGRAM DENGUE PATROL 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT : SLIDESHOW PIC GOTONG ROYONG 16/10/2015
https://youtu.be/jX4Tq7bvzI4

DENGUE PATROL 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT : INTERVIEW

DENGUE PATROL 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT : INTERVIEW

PROGRAM DENGUE PATROL 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT : GOTONG ROYONG CEGAH DENGGI PART 1









Monday 12 October 2015

Info about Dengue



Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang berjangkit dan disebarkan oleh nyamuk aedes betina. Terdapat dua jenis nyamuk aedes iaitu aedes aegypti dan aedes albopictus.  Demam denggi berdarah(dengue hemorrhagic fever) dan Sindrom Renjat Denggi (Dengue Shock Syndromes) merupakan  bentuk denggi yang paling berbahaya. Demam denggi dapat disahkan apabila mempunyai tanda-tanda seperti demam kuat yang mengejut dan berterusan, bintik merah pada kulit, sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala, berdarah pada badan, hidung dan mulut, hilang selera makan, muntah-muntah, sakit perut, rasa pahit pada lidah, lemah dan tidak bermaya serta mempunyai ulcer (mata ikan) pada mulut kerana terlalu panas. Tetapi tidak semestinya disahkan demam denggi. 

Ujian akan dilakukan beberapa kali dan kalau platelet darah turun mendadak hingga bawah 150,000mm3 baru disyaki denggi. Terdapat empat jenis virus denggi. Virus-virus tersebut dikenali sebagai DEN-1,DEN-2,DEN-3 dan DEN-4. Simptom demam denggi adalah mengikut usia pesakit. Denggi juga tidak merebak secara langsung dari seorang ke seorang yang lain. Pada masa kini tidak terdapat vaksin untuk demam denggi.Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk. 

Pengunaan ubat jentik-jentik dan memelihara ikan seperti ikan gapi dan puyu juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik.Kiambang dan teratai yang ditanam dalam pasu mungkin menghadapi masalah pembiakan jentik-jentik dan terpaksa ditukar airnya setiap minggu. Bagi mengatasi masalah ini,campurkan dua titis minyak masak atau minyak bayi kedalam air,nescaya jentik-jentik akan mati. Penggunaan kelambu dan juga semburan boleh membantu. Nyamuk aedes bukannya serangga malam.Waktu kemuncak nyamuk ini mencari makan ialah di awal pagi dan di awal senja.

Anda boleh memutuskan kitaran hidup NYAMUK AEDES dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar rumah seminggu sekali.

Ayuh sama-sama kita luangkan 10 minit setiap hujung minggu untuk membersihkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di rumah kita. Antara tempat-tempat yang harus diperiksa ialah:

Dalam rumah:
-Talam Peti Sejuk
-Pelapik Rak Pinggan
-Perangkap Semut
-Kolah air
-Pam Tandas
-Mangkuk Tandas Yang Rosak
-Baldi
-Bekas Jambangan

Luar Rumah:
-Tong Drum Yang Berisi Air
-Tempayan
-Pasu Bunga
-Alas Pasu Bunga
-Pelbagai Jenis Tin
-Tayar
-Takungan Hidroponik
-Kanvas, Semua Jenis Plastik
-Bekas Minuman Binatang Peliharaan
-Bekas Makanan Polisterin
-Longkang
-Salur Air Hujan (untuk dilakukan oleh orang dewasa sahaja)

Program Dengue Patrol

Program Dengue Patrol

Mesyuarat Program Dengue Patrol 2015 SK Pengkalan Tentera Darat Kem Sungai Besi Kuala Lumpur
Tarikh : 12/10/2015
Hari : Isnin
Masa : 1.30 petang

Kehadiran Wajib:
S/U HEM
Ketua Unit Keselamatan
S/U unit keselamatan
Ketua Unit Kebersihan/Keceriaan
S/U unt Kebersihan/Keceriaan
Ketua Unit Kesihatan
S/U Unit Kesihatan
AJK Unit Kebersihan/Keceriaan
AJK Unit Kesihatan
Pn. Haslinda
Pn. Salina


Popular Posts