Monday 14 September 2015

Syarat Kelayakan BR1M 2015 dan 2016

1. daftar di website lembaga hasil berkenaan BR1M yang terkini.

2. Pendaftaran yang baru diterima sekiranya sebelum ini belum pernah mendaftar, atau ingin mengemaskini butiran maklumat pemohon.

3. Pastikan pemohon mempunyai status kerakyatkan warganegara Malaysia.

4. Ketua keluarga atau wakil keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan layak untuk membuat permohonan.

5. Warga emas yang berumur 60 tahun keatas keseorangan yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM4,000 layak untuk membuat permohonan.

6. Bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000 layak untuk membuat permohonan.

7. Perhatian kepada keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan layak untuk membuat permohonan.

8. Pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang tidak menerima sebarang elaun layak untuk menerima BB1M berjumlah RM250.

9. Bagi pemohon dalam talian internet, sila tunggu untuk buat pendaftaran apabila sistem website lembaga hasil bersedia dan akan dimaklumkan tarikh tertentu untuk berbuat tindakan berkenaan kemaskini butiran permohonan lama atau pendaftaran baru.

10. Manakala pemohon secara manual, boleh dapatkan borang BR1M dan membuat pungutan di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan.

Saturday 12 September 2015

Popular Posts